Setiap Munafiq Namun Alim Lisannya

Setiap Munafiq Namun Alim Lisannya

Hadis yang patut diberi perhatian tinggi oleh semua ilmuwan dan pendakwah kerana Rasulullah SAW amat risau akan munculnya golongan ini...iaitu

كل منافق عليم اللسان

Maksudnya : "Setiap munafiq namun alim lisannya".(Hadis Riwayat Ahmad : Hadis Sahih)

Hadis ini mengajak kita semua agar sentiasa bermuhasabah diri dan berdoa agar kita tidak tergolong dari kalangannya.

Huraian Imam Al-Munawi :

أي كثيرَ علم اللسان، جاهلَ القلب والعمل، اتخذ العلم حرفة يتأكل بها، ذا هيبة وأبهة، يتعزز ويتعاظم بها، يدعو الناس إلى الله ويفرُّ هو منه، ويستقبح عيب غيره ويفعل ما هو أقبح منه، ويظهر للناس التنسك والتعبد ويسارر ربه بالعظائم، إذا خلا به ذئب من الذئاب، لكن عليه ثياب، فهذا هو الذي حذر منه =النبي= صلى الله عليه وسلم هنا، حذرا من أن يخطفَك بحلاوة لسانه، ويحرقَك بنار عصيانه، ويقتلك بنتن باطنه وجنانه

Maksudnya : iaitu banyak ilmu dan cekap menyampaikannya tetapi hatinya jahil dan amalan tiada. menjadikan ilmu hanya sebagai suatu kerjaya mencari makan dengannya..DIA mengajak manusia kepada Allah SWT tetapi dia sendiri lari dari Allah SWT (tidak beramal), mendedahkan keaiban orang lain tetapi melupakan keaiban diri sendiri. Menzahirkan ibadah dan amal di hadapan manusia tetapi apabila bersendirian melakukan dosa besar ....

Wallahu a'lam
Previous
Next Post »