Sebab-Sebab Hilangnya Keberkatan Dan Rezeki

Sebab-Sebab Hilangnya Keberkatan Dan Rezeki

Mungkin ada diantara kita yang terlupa bahawa rezeki seseorang itu bukan datangnya dari mana-mana atau manusia tetapi datangnya daripada Allah SWT serta sudah ditentukan oleh-Nya sejak kita masih dalam kandungan ibu. Pernahkah kita terfikir kenapa rezeki sering lari dan kenapa hidup kita terasa seperti tiada keberkatan dari-Nya? Mari kita sama-sama renungkannya sejenak.

1. Suami Isteri Sering bergaduh.

Suami Isteri yang sering bergaduh atas sebab-sebab yang tertentu seperti hidup terasa serba kekurangan ( Wang ringgit tidak mencukupi ). Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat…

2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Suami isteri yang kurang bersyukur dengan apa yang tidak dimiliki.

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

4. Kikir (kedekut) dengan pasangan dan anak-anak.

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara pasangan kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Gagal mengawal emosi dan amarah.

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Kurang sabar.

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki.

7. Kurang berdoa.

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak semasa dalam solat. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana doa itu adalah 'senjata yang ampuh' bagi Umat Islam.

"Orang kaya berharta yang suka bersedekah dan bersyukur lebih tinggi pahalanya berbanding orang fakir/miskin yang hidup serba kekurangan tetapi tetap bersabar...."

Firman Allah SWT; "...Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH niscaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH niscaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang (dikehendaki)NYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah Ath-Thalaq : 2-3)

Wallahu a'lam.
Previous
Next Post »