Najis Yang Termasuk Dalam Umum Al-Balwa

Najis Yang Termasuk Dalam Umum Al-Balwa

Tahi cicak dan tahi burung merpati termasuk umum al-balwa (perkara-perkara yang sulit dielakkan), maka ia dimaafkan syarak walaupun ia najis, tapi kerana ia sesuatu yang sulit dielakkan (umum al-balwa) maka ia termasuk najis-najis yang dimaafkan.

Semua pandangan empat Madzhab sepakat dalam hal ini. (Ref: Fiqh Islami wa Adillatuh karya Dr Prof Ustaz Wahbah az-Zuhaly, Syria, Jld 1)

Jikalau kita terpijak maka ia tidak membatalkan wuduk. Terpijak najis tidaklah termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan wuduk (al-Wajiz fi fiqhis sunnah wal kitabil aziz, Sheikh Abdul Azhim Badawi alKhalafi)

Wallahu a'lam.
Previous
Next Post »