Mimpi Rasulullah SAW Bertemu 2 Malaikat

Mimpi Rasulullah SAW Bertemu 2 Malaikat

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah SAW menerangkan kepada para sahabat mimpi yang baginda alami di mana dua orang Malaikat membawanya melalui pelbagai suasana dan keadaan manusia. Salah satu suasana tersebut ialah sebuah taman yang amat indah (syurga), di dalamnya terdapat Nabi Ibrahim as. yang dikelilingi oleh sangat ramai kanak-kanak yang meninggal dunia dalam keadaan fitrah (Islam).

Lalu salah seorang daripada para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana kanak-kanak kaum musyrikin?” Rasulullah SAW menjawab: “Dan juga kanak-kanak kaum musyrikin (berada dalam taman tersebut bersama Nabi Ibrahim).” [Ringkasan hadis yang panjang, Shahih al-Bukhari, no: 6525/7047]

Berdasarkan hadis sahih di atas, jelas bahawa kanak-kanak kaum musyrikin (bukan Islam) yang meninggal dunia sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga bersama kanak-kanak kaum muslimin. Ini kerana kanak-kanak yang belum baligh tidak menanggung apa-apa tanggungjawab agama, maka mereka dikecualikan daripada sebarang dosa atau azab neraka. Demikianlah salah satu daripada sekian banyak kemurahan Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada para hamba-Nya.

Wallahu  a'lam.
Previous
Next Post »