Golongan Yang Mati Syahid Menurut Hadis

Golongan Yang Mati Syahid Menurut Hadis

Barang siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah S.W.T

Antara hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang berkenaan dengan golongan yang meninggal dalam keadaan syahid

1. Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad (1565), Tirmidzi (1341), An Nasa’I (4026), Abu Daud (4142)

2. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W bersabda:

"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim (3539)

3. Rasulullah S.A.W bersabda:

"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu, diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, melihat tempatnya didalam surga, dilindungi dari azab kubur, terjamin keamanannya dari malapetaka besar, merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari dan diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya" (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Orang Islam Pertama Yang Mati Syahid

Orang yang syahid buat pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia iaitu Sumayyah binti Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di tangan kafir Quraisy di Mekah dalam usaha mengajak kaum Quraisy kepada kebaikan mengucapkan Kalimah Shahadah. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah telah gugur syahid. Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.

Walaupun banyak hadis-hadis berkenaan kematian yang dikira sebagai mati syahid tetapi hanya mati syahid kerana berjihad/berperang dijalan Allah S.W.T sahaja yang tidak perlu dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.(menurut pendapat Mazhab Shafie) kerana dosa mereka telah dihapuskan. Sedangkan kematian yang lain perlu dijalankan proses pengurusan jenazah seperti biasa.

Wallahu a'lam.
Previous
Next Post »