Cara Pembahagian Harta Pusaka Suami

Cara Pembahagian Harta Pusaka Suami

Jika ada diantara ahli keluarga kita yang meninggal dunia, sudah tentu kita akan berdepan dengan persoalan tentang pembahagian harta pusaka. Malaysia secara amnya mengambil pendapat daripada Mazhab Shafie dalam hal perundangan Islam. Maka, menurut pandangan daripada Mazhab Shafie, terdapat beberapa peringkat dalam menguruskan pembahagian harta pusaka, sebelum boleh dibahagikan mengikut sistem faraid kepada ahli-ahli waris yang lain.

Apabila seorang lelaki (suami) meninggal dunia, Isteri berhak untuk mendapat bahagian daripada harta pusakanya iaitu dengan jumlah 1/4 jika perkahwinan mereka tidak mempunyai zuriat (anak) dan 1/8 jika perkahwinan mereka mempunyai zuriat.

Harta peninggalan arwah suami pada peringkat pertama akan dibahagikan menurut wasiatnya jika ada dan jika tiada akan dibahagikan mengikut sistem faraid. Tetapi jika ada wasiatnya, jumlah harta yang boleh diwasiatkan hanyalah sebanyak 1/3 daripada seluruh harta peninggalannya.

Harta pusaka yang masih berbaki akan dibahagikan mengikut sistem faraid, di mana waris-waris arwah suami juga berhak mendapat bahagian tertentu. Ini berdasarkan ayat 7 Surah An-Nisa yang bermaksud: "Bagi lelaki ada hak bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya dan bagi wanita ada hak bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan ( dan ditentukan oleh Allah) ".

Cara pengiraan faraid mengikut Islam untuk waris simati yang telah berkeluarga

1) Bapa si mati : 1/6 ( Jika masih hidup)

2) Ibu si mati : 1/6 ( Jika masih hidup)

3) Isteri : 1/8 ( Jika masih hidup dan mempunyai anak) dan 1/4 ( Jika tidak mempunyai anak )

4) Suami : 1/4 ( Jika masih hidup dan mempunyai anak dan 1/2 Jika tidak mempunyai anak )

5) Anak Lelaki : 2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami atau Isteri.

6) Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami atau Isteri.

Wallahu a'lam
Previous
Next Post »