Cara Pembahagian Harta Pusaka Isteri

Cara Pembahagian Harta Pusaka Isteri

Cara Pembahagian Harta Pusaka jika seorang perempuan (Isteri) meninggal dunia, suaminya yang sah berhak untuk mendapat bahagian daripada harta pusaka peninggalannya iaitu dengan jumlah 1/2 jika perkahwinan mereka tidak mempunyai zuriat (anak) dan 1/4 jika perkahwinan mereka mempunyai zuriat.

Baki daripada harta pusaka peninggalan isteri akan menjadi bahagian kakak-kakak dan adik-adiknya dengan nisbah pembahagian sebanyak 2:1 iaitu yang lelaki akan mendapat sekali ganda berbanding bahagian perempuan (sekiranya ibunya sudah meninggal). Jika ibunya masih ada maka harta pusaka yang berbaki setelah ditolak bahagian kepada suami 1/2, harta tersebut akan diberikan kepada ibu sebanyak 1/6 dan selebihnya baru diagihkan diantara kakak-kakak dan adik-adik yang lain mengikut nisbah tadi.

Dalil bagi hak suami dari harta peninggalan isteri ialah firman Allah (bermaksud); “Dan bagi kamu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak, tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya” (an-Nisa’, ayat 12).

Wallahu a’lam.
Previous
Next Post »