Bacaan Doa Iftitah Rasulullah SAW

Bacaan Doa Iftitah Rasulullah SAW

Doa iftitah hukumnya adalah sunat dan sesiapa yang sengaja tidak membacanya ketika solat, adalah makruh, melainkan dia tertinggal daripada imam atau ketika kejar untuk berhadas.

Jika kita ada masa tetapi sengaja meninggalkan bacaan doa iftitah, maka hukumnya makruh. Mengapa hukum makruh? Kerana menyalahi apa yang Nabi SAW amalkan.

Doa iftitah ada 6 atau 7 yang datang dalam hadis. Oleh itu jika kita pergi ke Mekah, India, Pakistan atau Mesir, kadang-kadang kita akan mendengar orang di sebelah kita baca doa iftitah yang berlainan. Jangan merasa pelik kerana ada 6 atau 7 hadis berkenaan doa iftitah.

Bacalah apa yang kita berasa hendak baca asalkan ia sabit dibenarkan oleh ulama-ulama. Doa iftitah yang sebenarnya bermula dengan "Wajjahtu wajhiya lilladhi fataras-samawati wal-‘ar" itu sebenarnya doa iftitah yang dibaca oleh Rasulullah SAW.

Jika bermula dengan "Allahu Akbar kabiro walhamdulillahikasiro wasubhanallahibukratawwa asila" bukan asal bacaan daripada Rasulullah SAW tetapi bacaan daripada sahabat nabi. Hal ini ada diterangkan dalam kitab-kitab hadis.

Bacaan tersebut adalah tambahan daripada Sayyidina Abdullah Bin Umar ra, seorang ulama' sahabat dalam ilmu Fiqh dan alim tafsir. Beliau adalah anak murid kepada Rasulullah SAW.

Pada suatu hari seorang lelaki sembahyang bersama Rasulullah SAW, lalu membaca "Allahu Akbar kabiro walhamdulillahikasiro wasubhanallahibukratawwa asila" kemudian ditambahnya dengan bacaan "Wajjahtu wajhiya lilladhi fataras-samawati wal-‘ar". Setelah selesai sembahyang, Rasulullah SAW kemudiannya bertanya," Siapa yang membaca "Allahu Akbar kabiro walhamdulillahikasiro wasubhanallahibukratawwa asila"? Lelaki tersebut lalu menjawab, "saya yang membacanya". Lalu Rasulullah SAW menjawab, "Bacaan kamu ini membawa kamu ke dalam syurga".

Selepas daripada itu, Sayyidina Abdullah Bin Umar ra berkata, "aku akan membacanya sehingga ke akhir hayatku". 

Bacaan tersebut telah dianggkat oleh Imam Al-Syafie masuk ke dalam pandangan-pandangan mazhabnya.

Wallahu a`alam
Previous
Next Post »